Forum: Bagaimanakah untuk Menerbitkan Artikel dalam Jurnal Berindeks

Kluster Penyelidikan Bahan Termaju bersama dengan Kluster Penyelidikan Industri Termaju di bawah Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) telah mengadakan Forum pada 21 Disember 2020 dengan tajuk "Cara untuk Menerbitkan dalam Jurnal Terindeks". Panelnya adalah dari ahli FBKT dan penyelidik UMK dengan senarai teratas dalam penulisan ilmiah dan penerbitan untuk tahun 2020. Dengan area penyelidikan yang meluas, Moderator, Ts. Dr. Sarizam Mamat mempunyai kepakaran dalam bidang logam dan kimpalan, sementara itu Panel 1, Profesor Madya Dr. Mohd Hazim Mohamad Amini pakar dalam komposit kayu, sains kayu dan teknologi kayu dan Panel 2, Ts. Dr. Mazlan Mohamed adalah pakar dalam bidang nanoteknologi, komposit bahan dan bahan maju. Kedua-dua panel sudah bekerja di UMK selama 7 tahun. Oleh kerana pandemik Covid-19, forum ini disiarkan secara langsung dengan bantuan pasukan teknikal korporat UMK dan dipancarkan melalui dalam talian di Facebook Rasmi UMK:  (https://www.facebook.com/OfficialUMK/videos/4850169935056874).

Perkongsian di dalam forum tersebut adalah mengenai pengkelasan jurnal terindeks yang perlu menjadi perhatian ketika menghantar artikel, di mana jurnal sebenarnya diklasifikasikan dalam 3 kategori jurnal terindeks iaitu jurnal yang diindeks oleh; Google Scolar, Scopus dan Web of Science (WOS). WOS kemudian dibahagikan kepada dua lagi yang klasifikasi iaitu jurnal yang berimpak yang mempunyai Journal Scientific Report (JCR) dan jurnal tanpa impak. Panel juga berkongsi mengenai cara bagaimana untuk penyelidik mendapatkan Scopus ID dan juga cara untuk menggabungkan penerbitan di bawah satu Scopus ID. Ini kerana, data penggabungan akan memberi kesan kepada sitasi dan juga H-indek penyelidik. Tips lain yang telah dikongsi dengan penonton adalah mengenai cara untuk menerbitkan jurnal terindek yang merangkumi bahasa dan format di mana untuk mencapai tahap bahasa ilmiah yang tinggi, proofread diperlukan. Sementara itu untuk format, setiap penyelidik harus mengikuti format jurnal kerana setiap jurnal mempunyai gaya format yang tersendiri dan berbeza yang mana boleh dirujuk dalam panduan penulis di dalam setiap web jurnal.

Sebagai tambahan, perkongsian bagaimana untuk mengetahui kedudukan jurnal juga disebutkan. JCR akan menunjukkan dan memaklumkan kepada penulis, fakta khusus setiap jurnal seperti impak faktor dan kedudukan skor kuartil (Q1, Q2, Q3 dan Q4) berdasarkan bidang kajian. Kuartil akan membantu keterlihatan kertas penyelidikan dan yang akan memberi kesan pada sitasi dan H-index. H-Index sebenarnya mewakili keterlihatan jurnal berdasarkan sitasi jurnal yang diterbitkan. Sekiranya artikel itu diterbitkan dalam jurnal berkualiti tinggi, lebih mudah untuk memiliki sitasi jika dibandingkn dengan jurnal yang tidak berada dalam skor kuartil. Sitasi adalah dari seluruh dunia dan jika jurnal itu diterbitkan dalam jurnal Q1, akan ada lebih banyak penyelidik yang akan merujuk artikel tersebut. H-index diukur dari jumlah sitasi dan juga bilangan artikel yang diterbitkan.

Panel juga berkongsi tentang bagaimana untuk meningkatkan H-index. Pada peringkat awal, amat mudah untuk mempunyai indeks H misalnya dalam julat 1 hingga 3. Namun kesukaran mula berlaku apabila H-Index ingin ditingkatkan pada bilangan yang lebih tinggi sebagai contoh, untuk meningkatkan lebih dari 10 kerana sitasi yang banyak diperlukan. Dari hal ini, petua yang diberikan adalah dengan menghantar artikel tersebut ke jurnal berimpak tinggi iaitu jurnal Q1 dan Q2 kerana kedua-dua jurnal kuartil ini dapat dijumpai di system carian jurnal utama, Science Direct. Petua kedua adalah dengan membuat tinjauan artikel kerana artikel ini jauh lebih luas dalam skop penyelidikan dan bukan dalam penyelidikan khusus.

Dalam proses untuk menerbitkan artikel, akan ada artikel yang akan ditolak. Kadang-kadang akan wujud lebih dari 3-4 penolakan dari reviewer dengan catatan komen yang banyak. Untuk ini, ada beberapa nasihat menarik yang dapat membantu para penyelidik. Salin, senaraikan dan jawab semua komen adalah cara pertama, kemudian sebarang perubahan artikel perlu dijadikan sorotan untuk memastikan bahawa reviewer mengambil maklum pembetulan yang telah dibuat.

Pertanyaan juga diajukan oleh viewer tentang bagaimana cara untuk memilih jurnal yang tepat untuk menghantar artikel. Cara mudah untuk dilakukan adalah dengan menghantar artikel ke journal artikel yang telah dirujuk semasa proses penulisan dan cara lain adalah dengan menggunakan kata kunci yang telah diletakkan di dalam artikel tersebut. Soalan kedua yang diajukan adalah mengenai bagaimana untuk mengekstrak tesis PhD ke untuk dijadikan artikel. Dari sini, para penyelidik mungkin dapat membahagikan kepada beberapa bahagian, misalnya membahagikan bahagian artikel tersebut daripada objektif kajian ataupun dengan menulis artikel berdasarkan hasil kajian yang diperolehi.

Akhir kata, pesanan terbaik dari panel adalah, untuk menerbitkan dalam jurnal berimpak tinggi, bersabar dalam semua peringkat penulisan dan penghantaran artikel, selalu meningkatkan kemahiran dalam penulisan ilmiah dan jangan pernah berputus asa.

DR. NORFADHILAH BINTI IBRAHIM